To : darlingdania@yahoo.com
cc:
Subject : Rindu dari mama
Salam Along,
Sayang, mama mintak maaf sebab mama lambat balas email Along. Mama sibuk sangatlah sayang. Baru minggu ni mama sempat balas. Sekarang mama tau along tengah tidur. Tadi masa mama kat ofis, mama tengok along online.. mama nampak along buzz mama and say hello.. tapi mama sibuk sangat sebab siapkan report untuk meeting petang tadi. Sebab tu mama tak jawab along.. along jangan marah ye..
Kat sini sekarang baru pukul 10 malam. Mama baru sempat bukak laptop mama dan balas semua email-email. Kat sana mesti pukul 2 pagi. Mesti along tengah mimpi kot. Mimpi mama ke sayang ?... :) mama memang tahu, along anak yang baik. sebab tu along tak pernah susahkan papa. Dari kecik along pun tak pernah susahkan mama.
Maaf ye along kalau mama tak ada dengan along dan adik. Bukan mama nak macam ni sayang, Kalau boleh mama nak tiap-tiap hari balik kerja peluk cium along dan adik. Tiap-tiap malam nyanyikan along dan adik sebelum tidur, tiap-tiap hari masak ayam kicap campur kentang dan sambal tumis udang. Setiap Sabtu pergi jogging kat tasik sebelah rumah kita tu.. Lepas tu lepak kedai mamak kegemaran along tu.. maklumlah along kan penggemar roti canai mamak.. cuma roti canai mamak tu je yang mama tak boleh lawan kan along.. Along tetap suka roti canai mamak depan rumah kita tu...heehe.. betul tak along? .
Along, mama mungkin bukan mama yang baik, Kalau itu yang along nilai, mama terima, tapi mama nak along tahu, mama rindu sangat dengan anak-anak mama, cuma allah yang tahu. Apa daya mama.. mama hanya mampu berdoa pada Allah semoga along terus tabah dan hidup bahagia dengan papa di sana.
Along, apa yang berlaku antara mama dengan papa tidak sekali-kali mengganggu hubungan kita sekeluarga. Itu adalah masalah orang dewasa yang hanya orang dewasa patut tempuhi dan hadapi. Mama tidak mahu babitkan anak-anak mama dalam soal ini.. jadi, biarlah mama simpan sebagai rahsia buat masa ni.. sehingga along cukup matang untuk memahami apa yang sedang mama hadapi.
Along, mama memang tahu, papa seorang ayah yang baik . Itu mama tahu sangat. Sebab tu jugak mama sanggup lepaskan along dan adik .. dan mama sanggup mencari rezeki di sini kerana mama percayakan papa. Itu mama tidak nafikan along.. Tapi sayang.. hidup ini sebenarnya rumit. apa yang berlaku di depan mata tidak semesti berlaku di dalam hati. Banyak perkara yang berlaku di depan mata tidak seindah yang di dalam hati.. tentu along tak faham apa yang mama cakapkan ni.. along kecik lagi.. Sebab tu mama tak mahu cerita apa-apa pada along. Tapi along, cukuplah kalau mama cakap, seorang ayah yang baik bukan bermakna dia juga seorang suami yang baik. Maaf kalau mama cakap macam ni. Mama cuma memberi sedikit gambaran agar along tidak salah faham terhadap mama. Hati mama betul-betul terusik selepas dapat email along hari tu, sampai mama rasa tercabar untuk menceritakan masalah mama. Mujur mama masih dapat mengawal perasaan mama. Mama tidak mahu anak-anak mama hilang rasa hormat terhadap papa. Papa memang seorang ayah yang baik dan bertanggong jawab. Along kena balas jasa papa.. jaga papa bila papa dah tua.
Tolong along.. jangan hukum mama sebelum along cukup dewasa untuk memahami perkara sebenar. Buat masa ni mama mintak along sayang papa dan mama seperti biasa. Mama akan email along lagi. setiap tahun along melangkah dewasa moga along akan lebih bersifat terbuka dan mengerti.. Moga bila tiba waktu along dapat memaafkan mama atas tindak tanduk mama ini. Apa yang along perlu tahu mama sayang along dan adik lebih dari diri mama sendiri. Lebih dari segala-galanya di dunia. Tapi, mama perlu membina hidup mama, mama kena cari duit untuk kehidupan kita sekeluarga. Itu pun kalau mama berpeluang untuk membesarkan anak-anak mama sendiri. Itu pun sekiranya along dan adik sudi hidup bersama dengan mama. Terpulang pada along dan adik nanti.
Along, mama ada bank in duit untuk papa hantar along buat braces. Along kan nak cantik. Sebab tu along kena pakai braces tau.. Biar gigi along tersusun... Budak perempuan yang cantik kena ada gigi yang cantik.. Barulah manis senyuman along nanti.. Along jangan takut tau. Bukannya sakit. Nanti mama suruh papa hantar along kat klinik uncle Rahim kawan papa tu. Mesti dia buat pelan-pelan dan cantik. Along jangan takut tau. Dulu papa bagi tau mama, along tak nak buat.. Tapi ini mama nak bagi tau along.. Kalau along nak jadi cantik along kena pakai braces, ok?!
Along, mama akan cerita pada along bila sampai waktu. Buat masa ni belajar rajin-rajin, jangan susahkan papa, jangan sedih-sedih, jangan tinggal solat, jaga adik baik-baik. Along akan faham apa yang telah berlaku. Bila along dah besar nanti mama akan cerita.. Tapi along kena janji dengan mama, kalau mama cerita along jangan berubah hati dengan papa. Along mesti janji. Kalau tak mama tak akan cerita ok?! Kirim salam sayang peluk cium mama buat adik. Kirim salam papa juga. Cakap terimakasih banyak sebab jadi ayah yang baik. . Along jangan selalu nangis. Nanti tak cantik. Along kan nak jadi budak perempuan yang cantik kan...! Kalau along tak nangis, mama pun tak nangis. Tapi kalau along nangis, mama lagi nangis.. Jangan ingat budak kecik je yang kuat nangis tau.. hehehe.. Ok.. kalau airmata along jatuh lagi lap dengan tuala mama yang along simpan tu. Tuala yang mama pakai masa mama balik cuti tahun lepas. Along kata along tak nak papa basuh sebab nak cium bau wangi mama.. Anggaplah tuala mama tu diri mama yang tolong lapkan airmata along ok?!. Mama kat sini pun ada simpan baju along dan adik masa kita pergi bercuti kat Tioman hari tu. Ingatkan? Baju baju tu mama letak sebelah bantal mama tidur tiap tiap malam.
Ok.. sayang.. jumpa lagi nanti ye.. Mama tunggu email along.. mama tunggu janji along.. Sementara tu, senyum-senyum selalu. Bye.. I love you.. Muuuuaaaah!!