Tuesday, June 8, 2010

Laluan


KISAH ISTERI

Wanita 1 : Entahlah.. Laluan mana ya? Rasanya I tak akan dapat jumpa kerana larangan.
Wanita 2 : Bagus juga u masih waras untuk memikirkan tentang larangan.
Wanita 1 : Laluan mana ya? Antara akal dan nafsu. Tapi akal selalu melukakan. Rasa macam dunia ni tak berlaku adil kan.
Wanita 2 : U ni..Sekejap bersemangat. Sekejap lemah.
Wanita 1 : Peritlah hidup ni. Lebih sukar rasanya selepas kehadirannya.
Wanita 2 : Jadi, u tak mahukan laluan kedua?
Wanita 1 : Maksud u laluan yang menyimpang?
Wanita 2 : Hmmmm..gitulah.
Wanita 1 : I terluka.
Wanita 2 : Ya..faham, lalu pilih laluan kedua?
Wanita 1 : Your opinion?
Wanita 2 : Hmmm?.. U perlukan pendapat dari pompuan umur 39 tahun yg tak kawin lagi ni?
Wanita 1 : Ya...dari orang yang pure and non experienced but open minded and honest like u, why not.
Wanita 2 : I bukannya baik sangat, tapi I pun bukannya jahat. Apa salahnya you menyimpang dengan cara yang betul. Janganlah buat benda tak elok, tapi kena ada proses yang betullah.
Wanita 1 : Sah ! U memang suruh I ikut laluan kedua.
Wanita 2 : Ya.. U terluka, Dah berapa banyak dah luka yg u dapat dari dia. Belum sempat sembuh datang luka baru. Abaikan..Lihat kehadapan, berfikiran positif dan hayati hidup ini. Hidup ni terlalu berharga untuk disia-siakan dengan airmata dan ratapan. Habiskan sisa-sia hidup u dengan semangat baru.
Wanita 1 : Semangat baru dilaluan kedua?
Wanita 2 : Why not..
Wanita 1 : Laluan pertama kot. I dah biasa dah dengan laluan tu. So tak takut tersesat nanti. Nanti. Kadang-kadang laluan baru tu kita tak biasa, susah jugak.
Wanita 2 : Up to u dear. Jawapan di tangan u. U yang pilih takdir u sendiri.
Wanita 1 : I pilih laluan yang biasa I lalu. Mungkin..tengoklah.
Wanita 2 : Laluan yang beronak duri? Hmm..
Wanita 1 : Sekiranya laluan itu yang I pilih, itulah takdir buat I.
Wanita 2 : Jangan salah faham dengan takdir.
Wanita 1 : Maksud?
Wanita 2 : Pilihan di tangan u. Kalau u pilih laluan bersama orang yang melukakan u, doalah semoga dia berubah, tapi sekiranya dia tidak berubah itu bukan takdir dia. Itu adalah kehendaknya sendiri. Tetapi itulah takdir yang u akan tempuh dari apa yang telah u pilih.
Wanita 1 : Faham. I mencongak untuk mendapat jawapan yang terbaik bukan untuk diri I, tapi insan-insan di sekeliling.
Wanita 2 : Hmmm..Berkorban lagi?.. Adakah pengorbanan u dihargai?
Wanita 1 : Entah...Ada kot, sesekali makan angin sekeluarga, shopping sekeluarga.
Wanita 2 : Ok, kalau itu yang dikatakan PENGHARGAAN. That's your choice. Gud luck.!
Wanita 1 : Perli ke? Tak pasti lagi lah.
Wanita 2 : Ok wahai isteri yang cuba untuk setia..Ini ucapan dari I sebagai kata semangat. Cubalah berlaku setia sebaik mungkin. Balasannya mungkin bukan di sini...tetapi ada di sana. Hanya soalnya tabah atau tidak u meneruskan perjalanan di laluan tu.
wanita 1 : Tak tabah tukarlah haluan....
Wanita 2 : Ok..ni kata-kata semangat lagi ni... Sekiranya dia berubah kepada yang baik, maka baiklah takdir buat kamu. Sekiranya tidak, tabahlah ya...Itulah takdir yang telah ditentukan untuk u dari apa yang u pilih. So...nanti jangan salahkan takdir.
Wanita 1 : Faham.
Wanita 2 : Wahai isteri yang cuba berlaku setia...
Wanita 1 : Tse he he... ya..apa? Setia ke I ni...(Heeee..heee)
Wanita 2 : I tak kata setia. I kata...YANG CUBA BERLAKU SETIA..
Wanita1 : Ok ok..faham..
Wanita 2 : Kalau ubah laluan jangan lupa bagi tau I. Takut I tersalah tengok papan tanda dan tersalah masuk lorong.
Wanita 1 : Mestilah. I akan pasang signboard work in progress + detour + under construction.
Wanita 2 : Ha..ha..ha. I nak offline sekarang. Senang-senang kita chat lagi.
Wanita 1 : Ok..I see u when I see u. Bye..
Wanita 2 : Bye.


KISAH SUAMI

Lelaki 1 : Dulu dia ada orang lain. Sekarang tak kot. Tapi I masih sangsi. Macamana?
Lelaki 2 : Kau tau tak kenapa dia curang?
Lelaki 1 : Kau janganlah perli aku. Aku taulah aku ni buaya darat tembaga. But sometimes she looks like ok je even though I tak balik malam. Itu yang I syak dia ada orang lain.
Lelaki 2 : U kena berubahlah kalau u nak dia berubah
Lelaki 1 : Aku sayang dia beb...cuma...kau taulah..sesekali nak cari lauk luar. Hari-hari lauk sama boring gak.
Lelaki 2 : Kau makan lauk luar boleh..dia tak boleh?
Lelaki 1 : Semua lelaki macam tu bro.
Lelaki 2 : Aku tak..dan ramai kawan-kawan aku tak jugak.
Lelaki 1 : Wow..kau golongan ustaz.
Lelaki 2 : Tak, lelaki biasa yang setia dan cintakan isteri lebih dari diri sendiri.
Lelaki 1 : Ok
Lelaki 2 : Hmmm...pasal kau tadi..dia nafikan dia ada hubungan?
Lelaki 1 : yurp..
Lelaki 2 : Kau percaya?
Lelaki 1 : Pendapat kau?
Lelaki 2 : Aku tak pernah curang dengan isteri aku pun dia mainkan aku, inikan pulak yang hatinya dah terluka macam dia.
Lelaki 1 : Hmmmm...Isteri kau... masih dengan yang tu ke?
Lelaki 2 : Message dalam handphone..Times Square after office-katakan ada meeting sampai lewat.
Lelaki 1 : Trick basi.
Lelaki 2 : Yelah..U dah biasa buat kan..
Lelaki 1 : Sekarang dah tak buat trick tu lagi. Hmm..Kau biar je?
Lelaki 2 : Aku macam kau gak. Sayang.. Susahkan kalau sayang.
Lelaki 1 : Dayus tu bro.
Lelaki 2 : Eh..dayus tu bukan perkara tu saja. Kalau abaikan isteri pun dayus gak namanya. Eh..bro..aku nak sign-out sekarang. Wife aku dah balik... Aku tak nak dia perasan aku tengah chating dengan awek Brunei ni.
Lelaki 1 :Weiihh..Tadi kata kau tak pernah curang. Isteri kau je yang buat hal.
Lelaki 2 : Itu dulu...Dah dia buat aku macam ni, buat apa aku nak setia lagi. Macam bini kau jugak. Jangan kecik hati bro..
Lelaki..Hmmmm..Oklah bro..chating lagi lain kali. Bye ..
Lelaki 2 : Bye.

2 comments:

  1. Mana yang baik jadikan teladan, mana yang buruk jadikan sempadan.. :) Kot gitulah gamaknye..

    ReplyDelete