Mama,
Hari ni hari Sabtu ma. Along tak sekolah. Adik tengah sibuk layan Sophie dia tu. Dia baru lepas sikatkan rambut Sophie. Mama ingat Sophie kan.. anak patung yang mama hadiahkan masa birthday adik 2 tahun. Dah lusuh dah Sophie tu, tapi itulah yang dipeluknya setiap malam, pagi petang ma. Kami kat rumah Mak Lang ni ma. Papa hantar kami ke sini lepas kami breakfast kat kedai mamak depan rumah kita tu. Along makan roti canai je. Adik macam biasalah.. dia suka nasi lemak bungkus daun pisang tu. Papa pulak makan roti bakar je. Agaknya papa on diet lah tu. Selalunya sabtu pagi, kami pergi jogging kat tasik sebelah rumah kita tu ma. tapi hari ni papa ada plan lain. Dia ada hal keluar dengan kawan-kawan. Kata papa kalau papa balik lewat malam along dan adik tidur dulu kat rumah Mak Lang. Along pun tak tanya banyak .. Biarlah papa jumpa kawan-kawan. Dah setiap hari dia penat menguruskan kami. Papa bawakan laptop untuk Along. Kalau2 along nak chating dengan mama. Tapi Along tengok mama tak online. Sebab sekarang ni kat tempat mama mungkin dalam pukul 4 pagi. Mama tengah lena tidur. Tak apalah.. Tu yang Along hantar email kat mama ni.
Mama, hari ni kami bangun lewat sikit. Selalunya dari Isnin sampai Jumaat, Along kena bangun pukul 5.45 pagi. itulah juga waktu papa bangun tidur. Rutin harian kami.
Papa bangun pagi jerang air, lepas tu sidai kain yang papa basuh malam tadi. Papa bangunkan along dulu sebelum adik. Along terus je bangun kalau papa kejutkan. Along tahu papa sibuk dan along tak nak susahkan papa. Lagi pun along tahu papa akan marah kalau along liat nak bangun.
Lepas mandi, along solat subuh. Selalunya selepas solat along kejutkan adik. Biasalah, adik tak bangun selagi papa tak datang kejutkan. Kadang-kadang papa buat sosej goreng, kadang-kadang roti telur. Tapi kalau sibuk atau terlewat sikit, papa sapu roti dengan majerin atau jem je. Itu paling mudah dan cepat. Yang pasti, papa sentiasa pastikan kami breakfast dulu sebelum ke sekolah. Papa selalu pesan kat Along.. breakfast tu penting.. Sebab kita buat aktiviti sepanjang pagi.. kena ada tenaga. Kalau tak badan lemah, tak boleh belajar. Hmm.. tapi along tak pernah nampak pun papa breakfast.. Hmm.. orang dewasa selalu macam tu kan ma. Suruh kita makan, tapi dia sendiri tak makan. Kalau kita tak makan kena marah. Tapi dia kalau tak makan, kenapa tak ada orang marah.. Kan ma?
Ma, adik kalau pagi susah nak bukak mata. walaupun tidur malam awal pukul 9. Susahnya dia nak bangun. Kadang-kadang papa turun naik tangga 2, 3 kali kejutkan adik. Kesian papa. Adik memang macam itu. Manjanya lebih dari along ma. Kalau masa along kecik dulu biasa kena marah papa kalau lambat bangun. Tapi adik, papa jarang marah. Agaknya sebab mama tak ada. Papa tak sampai hati nak marah kami. Takut kami sedih.
Sementara kami sarapan, papa masukkan semua barang keperluan kami untuk sehari tu dalam kereta. Along akan ke sekolah. Adik akan ke tadika. Lepas tu dah habis sekolah bas sekolah akan ambik along dan adik pergi ke taska pulak. Kat situlah kami mandi, salin baju dan makan. Lewat petang baru papa ambil kami. Sampai rumah selalunya hampir maghrib.
Mama, papa selalunya beli lauk kat luar. Nasi papa dah siap masak waktu pagi sebelum keluar. Kadang-kadang bila jemu makan lauk luar, papa masak sendiri. Guna perencah segera yang ada kat Tesco. Papa buatlah masak lemak ke, gulai kari ke, atau rendang. Tapi semua peket je ma. Sebab papa tak pandai masak macam mama. Lagipun papa dah penat. Jadi buat aje mana yang mampu dan mudah. Itulah saban hari yg papa buat, sorang-sorang.. mama tak ada.
Mama, along rindu masakan mama. Ingat tak 3 tahun dulu, masa mama masih dengan kami. Kalau mama balik ofis awal, mama masak untuk kami. Sebab along suka masak kicap ayam campur kentang yang mama buat. Lagi satu along suka bila mama buat sambal tumis udang. Along makan banyak.. Sampai semua orang kata along budak tembam.. Hehehe.. nasib baik tak terus tembam kan mama. Sebab sekarang along dah kurang makan. Along selalu tak ada selera makan. Sampai papa risau sebab along dah kurus. Along pernah buang nasi kat belakang rumah bagi kucing. Lepas tu bila papa tengok pinggan along dah tak ada nasi, papa ingat along dah habis makan. Padahal along bagi kucing ma. Bukan along saja tak nak makan, tapi along memang tak ada selera nak makan. Entahlah ma.. along sedih.. along rindu mama..
Along tak faham sangat kerja mama. Tapi yang along tahu mama orang penting. Selalu mama pakai topi warna kuning tu, dan baju yang lantun cahaya tu, warna kuning juga. Sebab selalu tengok dalam gambar mama pakai macam tu dengan kawan-kawan mama. Bila cikgu tanya, atau kena isi borang sekolah, papa selalu isi di ruang pekerjaan mama sebagai Jurutera Binaan. Apa entah along pun tak faham sangat. Yang along tahu kerja mama bina bangunan. Betul kan mama. Tapi yang pasti, bila along dah besar, along tak nak kerja tu.. sebab along kesian nanti along kena tinggalkan anak-anak along. Nanti dia orang sedih macam along sedih sekarang ni. Kerja Jurutera Binaan ni tak ada kat Malaysia ke mama.. Kan best kalau kerja tu ada kat sebelah rumah kita kan mama. Tak payah mama pergi jauh-jauh.. Ke memang mama yang nak pergi jauh jauh mama?...
Mama balik sekali-sekala. Sebab site mama jauh.. kata papa.. tu masa mama belum pergi Dubai. Entah kat mana Dubai tu along pun tak paham sangat.. Tapi hari tu papa bukak google earth, lepas tu dia tunjukkan kami tempat mama tinggal sekarang ni. Papa kata jauh. Kalau kat sini subuh, mama baru tidur malam. Dulu masa mama belum pergi Dubai pun mama selalu kerja jauh. Kadang-kadang dalam sebulan, 3 kali je balik rumah. Jadi kami dah biasa dengan papa. Apa-apa hal along selalu tanya papa, kalau saudara kita buat kenduri, nak pakai baju apa.. papa carikan baju. Kalau nak raya, nak pakai baju kurung color apa, papa pilihkan color. Along teringin gelang emas bila nak raya. Papa yang pilih corak. Along tak tanya mama pun. Sebab mama tak pernah ada..
Sebenarnya, along rasa cemburu ma, dengan kawan-kawan along, bila dia orang cerita pergi shopping dengan mama dia orang. Dia orang tahu semua jenis fesyen baju. semua nama-nama baju yang tengah hot ma. Semua jenama hebat, walaupun kadang-kadang along rasa kita lagi banyak duit dari dia orang, tapi dia orang selalu pergi shopping, tahu mana tempat best. Tahu restoran mana yang sedap. Tahu serba serbi pasal barangan berjenama. Along bodoh.. Along tak pandai macam dia orang. Kadang-kadang bila dia orang cerita pasal handbag, mengalahkan orang dewasa ma. Along nak join pun tak tahu apa nak cerita. Sedihlah ma. Along lebih pandai cerita pasal bola, pasal kereta. Along nak belajar jadi perempuan macam dia orang tu. Along tak nak belajar dengan orang lain. Along nak belajar dengan mama. Sebab pada Along mamalah orang yang paling pandai bergaya dalam dunia. Biarpun orang lain tak cakap macam tu. Tapi pada Along mamalah yang paling hebat, paling cantik, paling pandai. Along nak jadi budak perempuan yang pandai pakai makeup, pandai bergaya, pandai pakai high heel. Along nak tahu cara budak perempuan pilih baju. Ajarlah Along mama..!
Hmm.. Along banyak complain ke?
Mama, kami rindu mama. Tapi kami tahu mama kerja, mama cari duit, pun untuk keluarga, bukan untuk orang lain. Tapi mama, kenapa sampai macam ni sekali..Juah sangat mama pergi..Kat Malaysia ni dah tak ada kerja ke mama? Kalau dulu walaupun jauh, tapi masih di Malaysia. Masih boleh balik dua minggu sekali atau seminggu sekali. Sekarang ni 6 bulan sekali je. Kesian along tengok papa, penat uruskan kami tiap-tiap hari sorang-sorang. Kesian along tengok adik, yang tak rasa belaian tangan mama. Ke sebenarnya along nak cakap.."kesian tengok along..yang rindukan mama..!"
Dulu, masa mama belum terima tawaran dengan syarikat yang mama kerja sekarang, mama selalu ada masa dengan along dan adik. Mama selalu nyanyi sebelum kami tidur malam. Lepas tu mama suruh baca doa tidur. Adik baca kuat..tapi dia pelat.. dia nak tunjuk pandai lah tu kan mama.. dulu dia pelat, tapi sekarang sebutan dia dah betul ma. Dia sekarang tengah belajar muqadam dengan Ustaz Hassan jiran dekat rumah kita tu ma.
Mama, along ingat lagi lagu yg mama suka nyanyi dan suara mama memang sedap. Papa tak pandai nyanyi macam mama. Ingat tak set karaoke kat rumah yang mama beli? Sekarang tak ada siapa pun yang sentuh. Dulu masa ada mama, mamalah yang selalu guna. Sebab mama memang suka nyanyi. Bila mama suruh papa nyanyi papa asyik gelak je. Sampai kena paksa. Lepas tu bila papa nyanyi kami semua gelak sebab suara papa sumbang.. Ingat tak mama.. suara papa pecah bila nyanyi nada tinggi. Kita semua ketawakan papa.. papa pulak tak kisah. Lagi suka tengok kita gelak, lagi lah dia buat buat sumbangkan suara dia. Ingat tak mama?.. Hmmm ..
Tapi.. itu semua tinggal kenanagan. Itu 3 tahun yang lepas. Masa tu Along seronok sangat. Tapi sekarang along tak rasa seronok. Papa selalu bawak kami jalan2 untuk hiburkan kami. Adik sukalah. Tapi along.. tetap teringatkan mama.
Along rindu suasana tu. Dah tak ada lagi sekarang. Raya tahun lepas pun mama tak balik, sebab mama kata cuti 3 hari je.. kita cuma webcam dalam internet je kan mama. Nampak mata mama merah, tapi mama senyum.. Mama cakap dengan kami jangan sedih sedih. Mana boleh mama... Along tetap sedih... Along tetap nangis.. teresak-esak sebab rindu mama di pagi Syawal. Mama suruh along jangan sedih.. tapi along tahu, mama pun sedih.. sebab orang dewasa memang selalu macam tu. Dia suruh kanak-kanak buat, tapi dia sendiri tak buat. Dia suruh kanak-kanak jangan buat, tapi dia sendiri buat.. Kadang-kadang fikir.. seronok jadi orang dewasa ma. Boleh arahkan kanak-kanak.. dan dia sendiri tak ada siapa arahkan.. Mama suruh along jangan nangis. Tapi selalu along tengok mata mama merah. Along tahu mama nangis.
Mama.. along nak tanya satu lagi soalan.. Kalau along tanya mama janji jangan bohong... boleh ye mama. Masa mama balik cuti tahun lepas kenapa mama tanya along dan adik nak tinggal dengan mama kat sana ke tak? Lepas tu along tanya papa macamana. Mama kata papa tinggal sini soranglah. Lepas tu along tanya mama, nanti papa datang tak.? Mama kata tak.. Kenapa ma? Mama tak nak papa lagi ke? Dari dulu sampai sekarang mama belum jawab.. Along tunggu.. Dah lama along tunggu jawapan mama.
Mama, walau apa pun yang berlaku antara mama dengan papa, kami tetap sayang mama. Tapi, along nak mama tau.. Along akan tetap di sini bersama papa. Along minta maaf along tak dapat ikut mama ke sana. Tempat along di sini .. Walaupun kami rindu mama tapi.. KAMI SAYANG PAPA MA...Rasanya papa lebih faham kami dari mama sebab papa lebih banyak meluangkan masa bersama kami banding dengan mama. Papa buatkan sarapan kami.. Papa cuci pakaian kami. Kalau sakit, papa bawak kami jumpa doktor. Papa pastikan kami sentiasa kenyang. Papa sentiasa cuba sedaya upaya ceriakan kami kalau kami sedih. Mama, walau pun suara papa tak sedap macam mama, tapi papa sentiasa ada di sisi kami sebelum tidur malam dan nyanyikan kami dengan suara sumbang papa tu. Kami tetap suka. Walaupun masakan papa tak sesedap mama masak tapi dia sentiasa pastikan kami makan bila cukup waktu. kami mungkin seronok duduk kat sana nanti ma. Tapi along takut ma.. mungkin hanya untuk seketika je.. sebab kami dah biasa dengan cara papa. Kami dah biasa dengan kehidupan kami di sini. Takut nanti kami akan rindukan papa. Lebih-lebih lagi adik.. Bukan kami tak sayang mama.. tapi papa banyak berkorban. Along tengok sendiri dengan mata kepala along, apa yang papa tempuhi setiap hari...
Mama, nanti along taip lagi ya. Sekarang Along tengah nangis. Along sebak.. tak boleh taip. Along tak nak Mak Lang nampak. Nanti along malu. Tu nampaknya macam Mak Lang nak datang sini. Mama.. along tunggu email mama. Along rindu mama. Nanti mama jawap ye.
Bye mama.. I love you.
Luahan hati seorang anak.... sedih bila baca.Doa saya semoga diberikan yang terbaik untuk Linda dan keluarga....Aminnn.
ReplyDeletebila sikecil bersuara.. lalu tersedarlah sang dewasa..baru tahu sebenarnya mereka itu sentiasa berfikir.. seperti kita. baru tahu mereka itu menilai dan meneliti.. baru tahu hati dan perasaan mereka juga diuji. Bezanya, kita lebih kuat dan tabah.. apakah si kecil sudah cukup kuat utk diuji sebegitu.?..
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu email dari mama along.. ^__^
ReplyDeletestay tuned... :)
ReplyDeleteTak tau macamana nak cakap....memang bergenang jugak dibuatnya...kesian kat along dan adik..teringat kat anak2 kat rumah...
ReplyDeleteFadzli, kerana itu kita perlu meneliti dan mengambil tahu kisah2 sebegini, kekadang sebagai menginsafi dan mensyukuri diatas apa yg kita miliki yg mungkin tidak dikecapi oleh sesebuah keluarga seperti along.
ReplyDeletesedey nye entry ni~ :'( bergenang air mate.
ReplyDeleteterimakasih eikieyn, kerana singgah membaca.. :)
ReplyDelete