Friday, March 11, 2011

Laluan - Siri 4

Sambongan dari Label JomStory - siri Laluan 2 & 3

Ini aku... Aku ingin bercerita, tentang Dia. Dia yang ingin memilih laluan. adakah dia sudah memilih laluannya?

Dia Seorang perempuan. seorang isteri, seorang ibu. Yang suatu ketika dahulu hatinya pernah dilukai. Dirawat... sembuh namun sebenarnya.. jauh dilubuk hati diraut wajah yang lembut, terpahat hati keras waja, degil adakah kerana itu memang sifatnya. Atau itu hasil dari segala perasaan yang terpendam dan tidak dapat diluah. Hmm...kadang-kadang aku terfikir. Inilah sifat wanita Melayu..yang sentiasa dilatih, disuruh, diatur untuk menurut, sehingga kadang-kadang apa yang diinginkan harus dibunuh demi menjaga keharmonian dan keamanan. Huhh.. Sehingga membakar hati sendiri...? Kan sakit tu.. Eeeehh.. Ok , lupakan apa yang aku fikirkan.

Aku hendak bercerita tentang dia.

Dia yang ceria, senyuman dibibir memang tidak pernah lekang. Bila orang bertemu dia, orang akan bertanya.."Hey..How's ur hubby..and your kids? Happylah you sekarang..Orang jaga baik-baik..Tak bagi kerja..Nanti badan letih.." Oh yea??....Orang akan menganggap dia sebagai suri yang sempurna, bahagia disamping suami dan anak-anak....Menguruskan rumahtangga. Dan Dia...dengan senyuman lebar mengiakan kata-kata orang-orang yang berkata.. Dengan kesempurnaan seorang wanita diserikan dengan gaya keibuan dan keisterian.(hmm?.. ada ke ungkapan tu)

Dia, dengan tangan menggenggam erat manja mesra jejari mulus anak yang dipimpin, dikawal seolah-olah tidak diizinkan terlepas walau sesaat pun, sebagai bukti inilah ibu mithali.

Huhhh..... Dia...

Benarkah...? (Heee..tseee ..hee..) Maaf aku ketawa, bukan kerana cemburu dengan anggapan manusia terhadap dia.. tetapi kerana mereka itu semua telah pun terpedaya dan ditipu bulat-bulat oleh Dia. Berjayanya dia menjadi pelakon yang sentiasa bersandiwara dipentas dunia yang luas terbentang ini.

Ini aku. Aku yang bercerita.. Aku bukan Dia, dan aku tidak mahu menjadi seperti Dia...Kisah Dia- seorang perempuan, seorang isteri, seorang ibu adalah kisah yang dikaburi oleh jalan penceritaan yang diatur oleh dia. Hakikatnya dia sedang menderita... merintih, sepi..terabai, bukan zahir tetapi batin... Aku bercerita kisah Dia - hidup menyendiri didalam kepompong yang dibina sendiri.

Aku bukan dia...Aku tak mahu menjadi dia..

Kononnya seorang yang diketahui sebagai seorang yang taat, bahagia dan ceria. Aku bercerita kisah Dia yang padahalnya adalah disebalik dari apa yang tertera. Hmmm...Perempuan, memang sukar diramal...

Baik, Apa yang aku tahu pasal Dia adalah, bertahun hidup bersama pilihan hatinya sendiri atas dasar suka sama suka..Bertahun menempuh gelombang hidup diatas nama perkongsian sebagai suami dan isteri. Bahteranya hampir karam dipukul badai di tengah lautan. Dia telah pun tercampak jatuh dihanyutkan ombak ke pesisiran pantai. Ketika itu dia berjaya melabuhkan diri di tepian suatu destinasi yang tiada di dalam perancangan hidupnya. Terpisah jauhnya dia dari bahtera yang dinaikinya sekian lama menyusur badai yang sering datang dan pergi.

Tetapi bahtera itu datang kembali untuk menjemputnya pulang. dan atas kuasa anak-anak yang berada di atas kapal, dia berlayar kembali.

Dia..yang bukan aku dan bukan seperti ku.. Tetapi dia adalah..........????

Aku tahu kenapa..kerana dia seorang ibu. Tetapi yang aku tidak tahu ialah kenapa nakhoda kapal itu tidak belajar dari pengalaman lalu. Kenapa masih membiarkan hati dia terabai..sehingga ada yang lain mahu mencuri hatinya. . Ya.. aku faham, tiada ibu yang sanggup melihat kehidupan anak yang dahagakan kasih sayang. Tetapi yang aku tidak faham, kenapa siayah tidak mahu menghargai pengorbanan siisteri yang membunuh perasaannya terhadap lelaki yang ingin merawat lukanya. Atas nama pengorbanan dia kembali. Ada lafaz janji yang terucap untuk menyemarakkan semula kasih sayang demi keluarga. Tetapi lafaz adalah melalui kata-kata dari lidah yang tidak bertulang. Sedangkan perlaksanaannya adalah dari segenap penjuru jasad dan mental, yang biasanya akan dihalang oleh perasaan dan hati. Bukan mudah hati untuk berkata ya, saya akan taat perintah abang... dan ya, abang tidak akan melukakan hatimu lagi..

Dia melabuhkan hatinya di bumi asing untuk mencari penawar. Aku selalu memikirkan dimana silapnya dia ini. Apalah salahnya menjadi isteri yang baik, dengar saja perintah suami selagi ia tidak melanggar hukum... Tapi..yalah...keadaan bukan semudah itu. Siapa yang mahukan begini."Aku tak suka buat begini. Tapi aku perlu buat kerana Hati ini milik siapa?.. Bila soalan teraju entah untuk siapa nak dituju. Dia tahu dia seorang isteri yang teruji kesetiaannya. Dan sentiasa diuji kesabarannya. Bukan dirinya tidak dikasihi malah dia sedar, dia sering digambarkan sebagai seorang isteri yang bertuah kerana memiliki suami yang penyayang, lembut dan bersopan. Lalu haruskah terus dia melayari babak lakonan itu selama mana yang termampu. Apa yang mereka tahu pasal kehidupan dia. Senyum yang terukir dibibir setiap kali menampilkan diri dikhalayak ramai adalah kerja yang paling penting dilakukan demi menjaga nama dan maruah keluarga.

Hmmm... wahai isteri yang cuba berlaku setia. Khabarkan kepada ku akan kisah mu itu..kerana aku tidak pernah jemu untuk menanti kesudahan hikayat dan sandiwaramu. Apakah jalan cerita yang akan kamu karang, aku hanya menanti.

Semoga kita berjumpa lagi..

8 comments:

  1. wahhh.. terharunya baca cerita ni... :) best2...

    ReplyDelete
  2. thanku thank u..so tunggu kemunculan laluan siri 5 pulak ye.. :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. yes..she knows what everybody doesn't... and to remain silent is the best way for her.

    ReplyDelete
  5. HABIS SAYA SELONGKAR POSTING LINDA...... BACA PASAL SIRI LALUAN.... BANYAK YANG TERSURAT DAN TERSIRAT...... SEMOGA KETENAGAN DAN KEBAHGIAN MENYUSUL UNTUK MENEMANI SEHINGGA KE AKHIR HAYAT....Aminnnnnn.

    ReplyDelete
  6. MASIH SABAR DALAM MENANTIKAN KEMUCULAN SIRI 5... MUNGKIN LINDA BZ SEKARANG NI... IT"S OK... SAYA AKAN SABAR MENUNGGU...

    ReplyDelete