Monday, January 24, 2011

Laluan- Siri 2

Adaptasi dari kisah - Chating Online siri LALUAN (JomStory) - posted on June 8, 2010



Entahlah... Laluan mana harus ditempuhi. Kenapa raut wajah itu tidak pernah lenyap dari fikirannya. Hati semakin sayu bila mengenang yang dirinya tidak mungkin akan dapat bertemu dengan wajah itu lagi, kerana dia memang sedar akan larangan....

Ahh... Peduli apa dengan larangan. Berapa ramai orang yang engkar dengan larangan. Hatinya bersoal-jawab, sekejap mengiakan yang benar sekejap mengiakan yang salah. Benar dan salah kini seperti sudah tiada bezanya, hanya kini bergantung kepada nilai keimanannya menghadapi ribut taufan godaan yang menerjah setiap kali kerinduan terhadap lelaki itu memuncak dan setiap kali wajah itu tergambar di ruangan matanya.

Entahlah... laluan mana..? Hatinya mencongak antara kewarasan dan nafsu. Siapa yang akan menang dalam pertempuran ini. Tetapi kewarasan selalu melukakan. Kewarasan yang menjurus kepada kesetiaan selalu menjebakkan dirinya didalam linangan airmata. Kewarasan yang mengajaknya menjadi insan yang baik selalu memerangkapnya ke lembah kesunyian dan kesedihan. Kenapa tiada balasan kepada kesetiaan. Kesetiaan yang tidak pernah mendapat ganjaran yang selayaknya menyebabkan Jiwanya bergejolak untuk keluar dari kepompong kesetiaan. Kepompong yang membelenggu dan menyedihkan itu harus dilontar jauh supaya dirinya bisa menikmati keindahan hidup yang sebenar. Meskipun pendekatan itu adalah pendekatan ke arah kejahanaman rumahtangganya. Ya..Laluan yang sedang dalam pertimbangannya.

Entahlah... kenapa dunia selalu tidakberlaku adil kepada orang yang setia. Dimana tempat mereka? Adalah didalam takungan airmata yang hanya menjadikan diri kelihatan tua sebelum tiba waktunya. "Perlukah aku menjadi begitu? Tidak..! Aku tidak mahu..!" Bisik hatinya.

Itulah kata-kata hatinya. Sekejap semangatnya kuat untuk menuju ke laluan itu, sekejap dirinya lemah terutama selepas sujud 5 waktu sehari semalam. Pelik tetapi benar, didalam doa selepas sujud dia sentiasa mahukan keutuhan rumahtangganya. Tetapi hatinya sendiri bergejolak untuk menumbangkan benteng rumahtangganya sendiri... dan menuju ke laluan itu.

Wahai sang isteri yang cuba berlaku setia... Khabarkan kepadaku Laluan mana yang akan kamu pilih.. Aku hanya mahu bercerita..tentang kamu...Isteri yang cuba berlaku setia..

Jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment