Sunday, January 30, 2011

Laluan Siri 3

Sila ikuti siri laluan 1 dan 2 sebelum memahami kisah Dia.

Aku yang bercerita.....Tentang Dia...seorang perempuan, seorang isteri, seorang ibu....



Wajah bujur sirih berkaca mata menjelma lagi. Apa istimewanya lelaki ini sehingga dirinya terperangkap didalam khayalan dan mimpi yang bukan mimpi diwaktu tidur, malam mahupun siang. Tetapi mimpi didalam jaga, mimpi sewaktu berurusan dengan segala macam urusan hidupnya yang ligat setiap hari. Wajah itu tidak pernah luput dalam ingatannya walau sesaat.


Peritnya hidup yang tiada hala tuju. Terumbang-ambing diatas kekacauan dengan kehadiran wajah bujur sirih berkaca mata itu. Jangan salahkan dia. Tidak kira siapa yang membuka laluan, sekiranya kamu tidak memilih untuk lalu ke arah laluan itu, perkara ini tidak akan berlaku. Jadi jangan salahkan sesiapa..


Tidak Aku pun tidak menyalahkan kamu. Sememangnya kamu tidak bersalah. Kamu adalah mangsa. Mangsa hati yang terluka, terabai kasih sayang dan perhatian. Aku tahu kamu tidak meminta mahligai emas sebagai tempat berlindung dari panas dan hujan, sebuah taman mawar yang harum mewangi. tetapi cukuplah perhatian yang diberi, kasih sayang dan belaian .... Hmmm..mungkin inikah sifat semulajadi lelaki..? Jemu dengan wanita yang sama saban hari... Aku tak mahu menjawab itu. Jawapan ada pada setiap individu.

Aku hanya mahu bercerita...tentang Dia.. Seorang perempuan... isteri..dan ibu..yang terabai...Bukan zahir, tetapi batin...


Aduhai...kesian dia..Tiada keserasian lagi...tiada manisnya lagi..bukan senyumnya, tapi hatinya...
Kesian dia.. Terlalu banyak luka yang cuba dirawat..sehingga tidak tahu mana satu yang perlu dirawat dulu...bersendirian. Kerana dia adalah perahsia. Kepura-puraan adalah milik mutlak hidupnya. Lakonannya selalu menjadi..Lantas orang sering menganggap pasangan ini adalah pasangan yang bahagia.. Haa.haa.... Maaf aku ketawa. Bukan aku tidak simpati tetapi geram melihat kesabarannya yang menjadikan dirinya bodoh dan diperbodohkan. Ok...Mungkin aku tidak wajar memberi komen begitu...kerana mungkin dia ada sebab tertentu.


Wahai isteri yang cuba berlaku setia... Aku mahu bercerita lagi...Tentang kamu. Tetapi aku perlukan jawapan kamu.... Apakah laluan yang akan kamu pilih..khabarkan kepadaku..


Semoga jumpa lagi....

4 comments:

  1. Nak tunggu ni...bila agak2 bersambong..?

    ReplyDelete
  2. TOKEY KEDAI KOPI PUN TGH TUNGGU NI...... BILA NK ADA DIA PUN SEQUEL...???

    ReplyDelete
  3. sabar ye...apa nak buat..sang isteri yang cuba berlaku setia belum beri respon lagi..heheee

    ReplyDelete